Saturday, February 9, 2008

Dompet itu aku buka. Terpapar sekeping gambar hitam putih sebuah keluarga. Kelihatan begitu mesra bersama. Langit yang tadinya cerah tiba-tiba menjadi mendung diikuti dengan guruh. Aku berada dalam gambar itu. Pemuda yang raut wajahnya muram yang berduduk tegak memangku seperti ayahku. Tetapi siapa wanita itu yang duduk bersebelahan dengan ayah? Aku tertanya-tanya. "Sheila, mari makan. Semua sudah tunggu." panggil ayahku. Aku terkejut lalu menyelit dompet itu di bawah bantal tidurku dan bergegas turun.



Aku keliru. Itu ayahku di dalam gambar kan? Wanita itu siapa pula? Aku menenung meja makan. Aku tertanya-tanya siapa wanita itu? Kenapa tiada adik-beradikku di dalam gambar itu. Mamaku juga tiada di dalam gambar itu. "Sheila, makan Sheila! Kenapa menghayal sahaja? Lekas makan selepas itu pergi habiskan kerja sekolah." tegur mama. Aku mendengar kata-kata mama.



Aku tinggal di sebuah bangalow bersama adik-adik dan ibubapaku. Aku hidup bahagia dan mesra bersama keluarga. Tetapi aku dapat rasakan yang aku selalu diabaikan. Mamaku tidak perdulikan aku sangat daripada adik-adikku yang lain. Mama lebih pentingkan adik-adik daripada aku. Itu yang aku perhatikan. Aku sering dimarahi mama atas kesilapan adik-adik. Aku tidak mengerti kenapa mama bersikap begitu? Bukankah aku juga anaknya? Mengapa aku dilayan berasingan dari adik-adikku? Soalan ini semua bermain di kotak fikiranku. Aku juga perhatikan bila waktu makan aku tidak dipanggil ibu. Kenapa aku dilayan seperti ini? Aku tertanya-tanya.




"Sheila apa termenung? Cepat makan lepas itu cuci pinggan itu. Dengar tak? Eh pekak eh?" tengking mama. "Ye, Sheila dengar," jawabku dengan muka yang muram. Apa ini? Kenapa mama bersikap begini terhadapku. Aku dengan tidak berlengah lagi bergesa ke dapur untuk mencuci pinggan. Setelah itu, aku kembali ke bilikku untuk berehat. Aku menarik keluar dompet itu dari bawah bantal. Aku meneliti setiap seorang dalam gambar itu. Hanya ada aku, ayah dan wanita yang tidakku kenali.




"Sheila, boleh papa masuk?" kedengaran ketukan di pintu bilikku. Aku tidak menjawab apa-apa. Haruskah aku bertanya kepada papa siapa orang yang di dalam gambar itu? Aku berdiam sahaja. Ayah menerangkan kepadaku mengapa mama bersikap begitu tadi. Aku menganguk sahaja. Tetapi kenapa harus mama melepaskan stres atau geramnya kepada Sheila? Sheila ni tembok yang tidak mempunyai perasaan ke? Aku seperti ingin menanya soalan itu kepada papa tetapi tidak usahlah. "Dompet apa yang Sheila pegang itu?" soal papa. Aku tergagap-gagap menjawab soalan ayah."Tak itu ah ah dompet kawan Sheila. "Aku menjawab teragak-agak. Papa keluar kerana tiada apa lagi yang harus dicakapkan lagi.




Nasib papa tidak kenal dompet itu. Itulah dompet lama papa. Sesudah papa keluar dari bilikku, aku menelefon nenekku. Aku rapat dengan nenekku kerana nenek yang sejak kecil menjagaku. Aku bertanya khabar nenek. Setelah setengah jam berbual, aku mengadu kepada nenek tentang kelakuan mama dan juga gambar yang aku jumpai. Nenek berdiam sahaja akan apa yang aku katakan. "Nek, kenapa diam sahaja? Nenek, Sheila nak tinggal bersama nenek boleh?" aku menyoal dengan nada yang sedih. Aku memberitahu nenek yang aku akan ke rumahnya sekarang lalu meletak telefon. Aku menukar pakaian lalu keluar rumah.




Dalam perjalanan ke rumah nenek, aku ternampak seorang wanita bertudung kelihatan sungguh anggun sedang menunggu bas. Tiba-tiba aku berasa tenang melihat wajahnya. Hilang semua kebimbanganku seperti kesemuanya yang aku risaukan hilang dari mindaku. Kenapa aku merasa begitu? Aku berasa tenang. Aku duduk sebelah wanita itu. Baru sahaja aku ingin berbual bersamanya, bas aku sudah tiba. Malangnya aku terpaksa menaiki bas. Aku ingin sekali berbual bersamanya. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Aku seperti akan merasa ketenangan jika aku berbual dengannya.


Sampai sahaja di pintu rumah nenek, aku menjerit. "Nenek! Sheila da sampai". Nenek membuka pagar untuk memberi aku masuk. Aku memeluk nenek sekuat-kuatnya sehingga terjatuh air permataku ke bumi kerana terlalu rindukan nenek. Nenek memujuk agar berhenti menangis. Aku berhenti sambil menceritakan apa yang terjadi selama ini satu-persatu. Aku tersedu-sedu menceritakan itu semua. Setelah itu aku mengeluarkan dompet lama papa. "Nek, siapa wanita ini nek?"soalku. Nenek terperanjat melihat gambar itu. "Dimana kau jumpa gambar ini, nak?" Nenek teragak-agak bertanya seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan daripadaku. "Nenek itu semua tidak penting. Siapa wanita ini? Terus-terang dan jangan sembunyikan apa-apa dari Sheila. Kenapa wanita ini ada di dalam gambar ini? Siapa dia?"aku tertanya-tanya sehingga nenek tidak tahu apa hendak jawab.


Seminit kemudian, nenek mula menceritakan segala-galanya. Sakit hatiku mendengar cerita itu. Hatiku remuk berkecai mendengar apa yang telah berlaku selama ini. Selesai sahaja penjelasan nenek, air mataku mengalir tidak terhenti-henti. Kenapa papa tidak beritahu aku yang mama adalah mak tiri aku? Sekarang baru aku tahu kenapa mama bersikap begitu terhadap aku. Ah dia bukan lagi mamaku! Aku bertanya nenek bagaimana aku boleh mencari mamaku yang sebenar. Nenek memberiku alamat dan nombor mamaku yang sebenar. Apa lagi aku bergegas mengucap terima kasih lalu pergi mencari mamaku yang sebenar.



Dalam perjalanan aku berasa begitu hampa. Aku tidak tahu mengapa papa dan mama tiriku menipuku. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan. Aku cuma ingin bertemu dengan mama kandungku. Aku tidak mahu ada lagi halangan dari sesiapa pun untuk aku berjumpa dengan mama kandungku. Pintu yang bercat coklat itu tertutup. Aku menghampiri pintu itu lalu memicit lonceng. Aku memberi salam dan menunggu pintu itu dibuka. Aku perasan yang pagar tidak dikunci. Aku merenggang mangga lalu membuka pintu. Aku perlahan-lahan membuka pintu. Yang peliknya ia tidak dikunci. "Astaufigrullah! Mama! Kenapa ini mama?". Aku terkejut melihat mama terlantar di atas lantai. Aku panik. Apa sudah jadi? Kenapa mama begini? Aku tertanya-tanya. Aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Aku cuba jangan panik lalu menelefon ambulans dengan segera. Beberapa minit kemudian, ambulans tiba lalu membawa mama ke hospital.


Setibanya di hospital, aku menelefon nenek untuk memberitahu apa yang berlaku kepada mama kandungku. Nenek segera ke hospital setelah menerima panggilan dariku. Doktor memberitahu aku yang mama harus memasuki ICU kerana dia dalam keadaan bahaya. Apa? Aku terkejut. Mama menghidapi kanser peringkat yang kritikal. Aku terus jatuh terkejut lalu menangis. Tidak!!! Nenekku tiba bersama papa dan mak tiriku. "Sheila! Apa sudah terjadi?". Aku terus memeluk nenek. "Nenek, mama, mama menghidapi kanser dan dalam keadaan yang kritikal. Doktor kata dia mungkin tiada harapan tetapi mereka akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan mama."Aku tersedu-sedu memberitahu kepada nenek. Aku paksa diriku untuk berhenti menangis. Papa menghampiriku untuk menjelaskan ini semua. Aku tidak mahu mendengar lagi penjelasannya. Aku seperti benci dengan mereka. Ini semua terjadi kerana papa. Dia tinggalkan mama kerana dapat tahu mama ada kanser. Aku rasa itu bukan alasan yang munasabah. Aku benci papa. Kerana papa, mamaku jadi begini. Aku begitu sedih. Hatiku bagaikan kaca yang dihempas ke batu.


Sudah dua jam mama berada di dalam. Aku mendoakan agar mama selamat. Aku berjanji akan menjaganya sampai bila-bila. Aku berjanji. Ya Allah, selamatkanlah mamaku. Aku berdoa dan berdoa. Setelah tiga jam menunggu, doktor yang merawat mamaku keluar. Aku harap doaku dikabulkan. Bismillah. "Adakah ini keluarga Rohani? Kami telah mencuba sedaya-upaya. Dia berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Kami telah mencuba sedaya-upaya tapi gagal. Maaf". Tidak!!! Aku baru sahaja ingin bersama mamaku. Mengapa ini semua harus berlaku. Mama!! Aku ingin bersamamu. Aku tidak dapat melakukan apa-apa lagi. Aku begitu sedih.


Setelah kejadian itu, nenek satu-satunya yang sering berada di sampingku. Aku tinggal bersama nenekku. Papa izinkan kerana dia faham keadaanku sekarang. Dia juga rasa bersalah kerana menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Papa akan sering menjengukku di rumah nenek. Beberapa hari selepas kematian mama, aku pergi ke rumah mama untuk membersihkan rumahnya. Semasa berkemas, aku terjumpa kotak yang mengandungi surat-surat yang ditulis oleh mama. Itu semua sepatutnya diberi kepadaku. Aku membaca surat itu satu-persatu. Titisan air mata mengalir di pipi. Mama sangat merinduikan aku selama ini. Dan dia juga nampakku di perhentian bas pada hari yang lalu. Sebab itu aku rasa tenang melihat mukanya. Tetapi ini semua telah berakhir. Aku menyimpan surat itu untuk kenangan. Aku harus meneruskan hidup kerana mama ingin melihatku berjaya. Aku berdoa agar keinginan mama tercapai. Amin.


No comments: