Kembara sastera yang diadakan oleh Cikgu Muslim diadakan semalam. Cuaca pada hari amat baik dan cerah. Kami dikehendaki berkumpul di tempat pertukaran bas pada jam 6.45. Saya sampai lewat 5 minit. Ada juga yang lagi lewat daripada saya. Kita sepatutnya berangkat dari stesen bas itu pada jam 7 tetapi memandangkan ada yang masih belum sampai kita berangkat pada jam 7.30 pagi.
SEMASA MENUNGGU RAKAN-RAKAN TIBA...
Tiba di Macrithie pada 8.05 pagi. Pemeriksaan barang-barang seperti botol air. Setelah itu kami membuat sedikit senaman sebelum bermula dan memulakan pengembaraan kami. Kami berjalan selama 15 hingga 20 minit sebelum tiba di perhentian pertama untuk melakukan aktiviti. Banyak pokok-pokok yang unik dan tidak pernah saya lihat.

Semasa berjalan...

SEMASA BEREHAT...



Di Terap Hut.. Perhentian Pertama...sedang berehat...
Di perhentian pertama di Terap hut, kami dikehendaki melakukan aktiviti yang harus memberi pandangan tentang apakah itu sajak. Pada saya sajak itu adalah sebahagian daripada puisi. Ia digunakan untuk mengespirasikan sesuatu di hati dengan cara yang agak berlainan. Ia mengunakan kata-kata berbunga dan juga untuk mengesperasi sesuatu perasaan di dalam hati dengan frasa-frasa yang sangat indah. Semasa melakukan aktiviti saya dan Suhastri terdengar bunyi seekor ular. Kami perhatikan ular itu. Ada yang takut tetapi masih ingin perhatikan ular itu. Kami dikatakan seperti orang-orang jakun. Macam-macam bunyi kami dengar dan perhatikan jenis burung apakah yang membunyikan bunyi itu. Cikgu memberitahu kami tentang pengalamannya ketika dia mengembara di negeri Malaysia dan pengalamannya tinggal di tempat orang asli. Setelah itu mula perjalanan kita untuk ke tempat yang seterusnya.


Mula perjalanan seterusnya untuk mencari Jelutung Tower. Semasa berjalan, kami perhatikan suasana tempat itu. Kami juga menjumpai biawak yang sedang mencari makan di semak-semak. Ada yang makan 'tibits' kerana berasa lapar. Semasa makan kita pun harus berjaga-jaga takut monyet merampas makanan kita. Jauh sungguh perjalanan kami ke Jelutung Tower. Penat tapi sungguh menarik. Sampai sahaja di Jelutong Tower, kami ke tingkat yang teratas sekali. Semasa saya menaiki tangga, saya dapat rasakan 'Tower' itu bergoyang. Diatas, saya terus duduk kerana saya ada sedikit rasa takut. Di atas kita menikmati 'scenery' kawasan Macrithie. Indah sungguh tempat itu. Di atas kita membuat activiti mengenai lambangan kata atau simbol. Setelah aktiviti itu, kita turun dan makan tengahari di bawah Jelutong Tower itu.
Sempat tidur...
Payung yang kita jumpa...




Di bawah Jelutong Tower...
Selepas makan tengahari, kita teruskan perjalanan kita. Kita berhenti di daerah golf club. Di situ kita membuat aktiviti yang perlu dibuat dengan pasangan. Kita harus mencipta sajak dengan mengunakan objek yang telah kita cari.

SEMASA MEMBUAT SAJAK....
Selepas memikirkan sajak itu, kita harus mempersembahkan sajak itu dengan apa-apa cara dan nada. Cara penyampaian sajak itu amat sukar kerana saya tidak minat untuk menyampaikan sajak. Selepas menyampaikan sajak, kita pergi makan di Pizza Hut. Baguslah sudah penat berjalan selepas itu rasa kelaparan.

BERGAMBAR SEBELUM PULANG..


the guys wif shaq

Selepas penat bergambar, kami pulang. Di dalam bas ada yang tertidur kerana terlalu letih. Selapas itu kami ke Pizza Hut di Bukit Batok. Sedap dan lazat terutama kali FREE... hehe.. Saya harap cikgu mengadakan kembara in sekali lagi..